brought to you by Wek & Hadi Co. [WnH]

BERSEDIA UNTUK MENERIMA PERUBAHAN!

Monday, January 4, 2010


Mind Control
Protocols of The Elders of Mindcontrol ini adalah senjata Dajal untuk merosakkan umat manusia khususnya umat Islam. Tanpa kita sedari 'senjata' ini menyusup masuk ke dalam kehidupan seharian kita. Anak-anak kecillah yang paling mudah untuk di'mind control' kan oleh mereka kerana minda mereka masih mudah untuk dibentuk. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pelbagai medium digunakan untuk menjalankan rancangan jahat lagi keji ini. Antara cara yang paling berkesan digunakan kepada kita semua khususnya adik-adik dan anak-anak kecil kita ialah melalui buku-buku, filem, televisyen, iklan, musik dan sebagainya dengan memasukkan mesej tersembunyi 'subliminal message'.
All Seeing Eye


666


SEX



Perasankah anda semua semakin hari moral remaja semakin rosak? Tidak perlu saya ulaskan di sini tentang keruntuhan moral remaja zaman sekarang kerana saya percaya anda semua tahu tentang perkara ini. Anak-anak luar nikah dibuang seakan perkara biasa dan seakan kita kembali ke zaman jahiliah! Kenapa perkara ini terjadi? Inilah penangan New World Order!

Bagaimana kawalan minda ini menjadi satu senjata yang mampu untuk menjadikan seseorang itu tergolong dalam golongan mereka? Untuk menjawap persoalan ini kita kembali kepada asas diri kita. Dan semuanya berkaitan dengan ROH kita. .


Untuk melaksanakan program ini, Dajal memerlukan pasukan tentera yang mantap. Antara organisasi dan individu yang terlibat dengan program ini ialah Central Intelligent Agency (CIA), Illuminati, Disney, Cisco Wheeler, Illuminati, Nickelodeon, Joseph Mengele dan banyak lagi. Program ini juga tidak terlepas dari penglibatan occult atau kegiatan kerohanian. Satanic Ritual Abuse (SRA), Illuminati occult, New Age occult, Yoga and Chakras, Secret Doctrin dan Necronomicon adalah antara occult yang terlibat dalam program ini.


Tree of Life


Diharap dengan sedikit pendedahan tentang kawalan minda ini, anda dapat memahami sedikit sebanyak apa yang akan saya dedahkan selepas ini. Jika mahu diulas tentang program mind control secara menyeluruh, mungkin agak panjang kerana ia melibatkan banyak medium seperti filem, musik, iklan, buku dan segainya jadi elok kiranya untuk artikel ini saya ulas satu persatu bagi memudahkan anda semua dapat menerima maklumat-maklumat ini dengan lebih baik, tidak secara terkejut.

Dan apa yang mahu saya dedahkan kepada anda untuk kali ini ialah berkenaan mind control melalui buku-buku bacaan khususnya buku bacaan kanak-kanak yang sering dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak kecil tanpa mengetahui buku itu sebenarnya adalah alat untuk 'kawalan minda' Dajal.



Ceritanya bermula apabila seorang bapa secara tidak sedar telah membeli buku-buku tulisan Madonna untuk adiknya yang berumur 9 tahun. Seperti yang mana kita tahu Madonna adalah salah seorang 'tentera dajal' yang begitu berpengaruh di seluruh dunia. Madonna tidak menganut sebarang agama tetapi seorang yang percaya kepada Kabbalah. Apa itu Kabbalah?



Secara ringkasnya dan mudahnya Kabbalah ini adalah Sihir Kuno Yahudi. Berasal dari perkataan Ibrani iaitu 'qibil' yang bermaksud menerima dan Kabbalah bermaksud menerima dokrin okultisme (ilmu sihir) rahsia. Oleh kerana ditindas selama beribu-ribu tahun oleh bangsa lain, bangsa Yahudi telah mengamalkan sihir ini untuk mempertahankan kewujudan mereka meskipun bertentangan dengan akidah yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s. Pada mulanya ajaran sesat ini disebarkan dari mulut ke mulut oleh pendita tinggi kepada ahli bawahannya tetapi selepas berakhirnya pemerintahan Rom ke atas Palestin mereka memutuskan untuk ditulis di atas papyrus berupa 'scrol' agar ajaran ini tidak hilang dan dapat diwarisi kepada keturunan Yahudi seterusnya. Dan kitab Kabbalah terbahagi kepada dua iaitu, 'Sefer Yetzerah' (Kitab Genesis, tentang Penciptaan Alam Semesta), dan 'Sefer Zohar' (Kitab Keagungan).


Go to fullsize image


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Al-Baqarah 102




Berbalik kepada buku tulisan Madonna tadi, di dalam satu set, ada 3 buah buku yang bertajuk The English Roses, Mr. Peabody's Apples, dan juga Yakov And The Seven Thieves. Buku-buku ini adalah buku cerita kanak-kanak dan ianya telahpun masuk ke pasaran Malaysia. Dan apa yang membuat beliau kurang senang adalah buku Yakov And The Seven Thieves. Menurut beliau dari apa yang beliau baca, buku itu berkisarkan tentang seorang keramat kononnya yang mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan malaikat(angel). Mungkin ada unsur-unsur Kabbalah diselitkan di dalam buku ini. Berikut adalah kesimpulan kandungan buku itu hasil pembacaan beliau.

Yakov adalah seorang tukang kasut dan mempunyai seorang anak bernama Mikhail yang mengalami penyakit misteri, tidak dapat bangun malah langsung tidak dapat memberi apa-apa respon jika ditanya apa-apa. Jadi isteri kepada Yakov sangat sedih dan sarankan Yakov supaya berjumpa dengan seorang tua dipinggir kampung yang katanya boleh berbicara dengan malaikat. Maka Yakov pergi ke rumah si tua tersebut dan nyatakan hasratnya dan si tua kata Mikhail susah untuk diselamatkan kerana malaikat maut sedang menghampirinya. Namun dia berkata akan cuba untuk berdoa dan berbicara kepada malaikat untuk menyembuhkan Mikhail.

Keesokan harinya Yakov kembali ke rumah si tua untuk bertanya mengenai doanya. Dan si tua kata dia berdoa dan hampir sampai ke pintu syurga namun pintu syurga dikunci dengan ketat. Maka bermakna dia tidak dapat berbicara dengan malaikat. Yakov makin susah hati dan akhirnya si tua berkata dia ada satu cadangan dan menyuruh Yakov balik ke rumah dahulu dan orang tua menyuruh cucu nya kumpulkan 7 orang penjahat yg terdiri daripada penyamun,peragut,kaki pukul,gangster dan sebagainya datang ke rumahnya dan berdoa bersama supaya Mikhail kembali sihat.

Dan hasilnya Mikhail kembali sihat. Cucu si tua bertanya kenapa orang tua itu mengajak orang jahat supaya berdoa bersama dan si tua hanya berkata penjahat yang bagus memang pandai melakukan kejahatan dengan membuka segala jenis kunci ketika mencuri. Jadi kali ini mereka berjaya membuka pintu syurga dengan doa. Kiranya jika orang jahat berubah membuat perkara baik nescaya doa mereka mungkin didengar dan berlaku keajaiban. dan kemudian kunci syurga dapat dibuka dan si tua dapat berkata-kata dengan malaikat untuk menyelamatkan Mikhail.


Sekali baca mungkin anda mengatakan cerita ini ada pengajaran iaitu untuk menasihati budak jahat menjadi baik. Tetapi tidakkah kita terfikir jika cerita sebegini jika diceritakan kepada mereka, akan mengakibatkan kepercayaan mereka turut sama berubah? Apa yang tersirat di dalam cerita ini?

Adakah kita dapat menangguhkan kematian kita dengan doa penjahat sedangkan kita semua tahu bahawa kematian kita tidak diawalkan dan dilewatkan walau satu saat oleh Allah s.w.t.

Adakah kerana penjahat tadi pandai membuka pelbagai jenis pintu ketika mencuri, doa mereka dapat membuka kunci syurga?

Tidakkah semua ini MENGARUT dan jika dibacakan kepada kanak-kanak mereka akan terus percaya tanpa mempersoalkannya seperti orang dewasa. Inilah rancangan-rancangan jahat mereka yang telah dilaksanakan untuk kita. Jika kita peka dan tahu tentang rancangan-rancangan jahat ini, Insya Allah kita dapat menghindarkannya berlaku kepada kita, keluarga dan kawan-kawan kita.

Buku itu juga mengandungi lambang 'The All Seeing Eye'! Tidak percaya atau ragu-ragu? Saya sediakan bukti gambar-gambar di bawah yg dapat menambahkan lagi kepercayaan anda.












Yakov and the Seven Thieves
Released: April 26 2004
Author: Madonna
Illustrator: Gennady Spirin

Book Description:
Sometimes, upright deeds come from crooked criminals... Yakov, a kindly cobbler desperate to find a cure for his dying son, seeks advice from the wise old man at the edge of the village. This sage enlists the help of seven thieves, who humorously prove that miracles can occur if we renounce our wicked ways and embrace good behavior.

Interesting Tidbits:

  • Published in 37 languages and released in more than 110 countries worldwide.
  • Yakov is Madonna's third children's book in a series of five.

The critics say:

The Barnes & Noble Review
"Madonna spins another lesson-teaching yarn in her third picture book for children "(even grown-up ones)," this time drawing inspiration from an 18th-century Ukrainian teacher for a tale about overcoming selfishness to help others. Paired with ornate, awe-inspiring illustrations by award winner Gennady Spirin, the author's tale -- "dedicated to naughty children everywhere" -- centers on a cobbler, Yakov, who looks toward a wise man to help cure his deathly ill son. Although the wise man's prayers alone cannot help Yakov, the cobbler's sincerity drives the old man to round up seven of the town's thieves and scoundrels, including the malodorous Stinky Pasha and a one-legged rascal named Ivan the Arsonist. When a surprising group effort leads to the son's recovery, an explanation from the wise man reveals the miraculous reason, giving a jubilant Yakov and us readers plenty to ponder. In her first children's book with a pre-20th-century setting, Madonna combines storytelling resourcefulness with a non-Western theme for a read that will sit comfortably alongside her previous two books. Without a doubt, Spirin's artwork is the tour de force here, bringing to life Ukrainian landscapes and culture in a way that reflects the artist's remarkable attention to detail. For those who enjoyed The English Roses and Mr. Peabody's Apples, this story, which follows a familiar format of old-fashioned fables, makes a fine addition to your Madonna "literary" collection." Matt Warner

5 comments:

  1. manndonna donat tol..aku benci die

    ReplyDelete
  2. WnH...
    cube korang wat research pasal bilderberg group,.
    aku dgr2 macam ade kaitan sket la ngn freemason n all of that...
    aku nk wat research,tp life aku skang x mengizinkan..
    dlu time aku mampu cam korang, aku rajin gak wat research...okai?
    thanx a lot 4 posting such a good article..keep it up!

    ReplyDelete
  3. terima kasih saudara senyapsunyi~~WnH akn berusaha dengan gigih lagi..dan saya harap saudara senyapsunyi tidak berputus asa perjuangkan Haq demi Umat Islam sedunia

    ReplyDelete
  4. salam.. gud info bout da book.. cube la post entry pasal Lady Gaga pulak.. jelas dan nyata dia seorang penyebar illuminati

    ReplyDelete