brought to you by Wek & Hadi Co. [WnH]

BERSEDIA UNTUK MENERIMA PERUBAHAN!

Tuesday, January 5, 2010

Harry Potter

Harry Potter
Sudah bertahun lamanya Harry Potter bertapak di dalam pemikiran pemuda dan pemudi mahupun kanak-kanak kita menjadikan watak-watak2 Harry Potter idola mereka. Namun dalam sedar akal waras kita, apakah maksud yg tersirat disebalik cerita Harry Potter yg telah kita sajikan anak2 kita elama beberapa tahun ini. Mari ikuti WnH bg mengupas dan mengkaji disebalik keseronokkan menonton cerita Harry Potter ini.

Mungkin anda sedia maklum,cerita Harry Potter ini merupakan cerita mistik yg berunsurkan Mesonic dan Kabbalah. Tapi anda cuma tidak mengindahkan kerana beranggapan ianya hanyalah suatu cerita rekaan semata2. Namun dengan jalan cerita yg menark, The Secret Hand berjaya mempengaruhi anak2 kita utk mengikuti ataupun menjadikan watak2 Harry Potter sebagai idola mereka.

JK Rowling. Nama sebenarnya ialah Joanne "Jo" Murray. JK Rowling ini adalah nama penanya. Dia dilahirkan di Chipping Sodbury, England pada 31 Julai 1965. Semasa kecil minatnya dalam bidang penulisan sudah terserlah apabila dia telah menulis cerita pada usia 5 tahun. Ketika dia berusia 4 tahun, keluarganya berpindah Winterbourne dan di sinilah dia mempunyai seorang jiran bernama Potter yang kemudian dijadikan nama watak utama bukunya.

Joanne Jo Murray aka JK Rowling
Dia cuba melanjutkan pengajian ke University Of Oxford tetapi gagal dan kemudian telah melanjutkan pengajian di University Of Exeter mengambil jurusan Bahasa Perancis. Selepas berpisah dengan suami pertamanya, dia membawa membesarkan anak perempuannya seorang diri dan menumpang di rumah adiknya, Diana di Edinburgh, Scotland. Dan di Edinburg jugalah dia telah menyiapkan buku Harry Potter pertamanya, Harry potter And Philosopher's Stone.

Dari maklumat-maklumat di atas, di sini kita dapat 2 kata kunci iaitu Edinburgh, Scotland dan University Of Exeter.

Mungkin ada di antara pembaca yang sudah dapat mencantumkan kata kunci ini, mungkin ada yang masih mencari-carinya. Tidak mengapa, mari sama-sama kita mengkaji kata kunci ini.

Edinburgh

Edinburg adalah kota terletak di barat Scotland. Kota ini adalah tanah penyelamat pendatang atau pelarian Knight Of Templar yang telah diburu oleh Pope Clement V dan Raja Philip (Raja Perancis) pada 1307. Pada ketika ini, Scotland adalah satu-satunya wilayah di Eropah yang berada di luar kekuasaan Vatican dan tanah inilah yang paling sesuai dipilih oleh Templar untuk menyelamatkan diri dan meneruskan agenda rahsia mereka.

Kahadiran mereka telah diterima secara terbuka oleh Raja Scotland masa itu iaitu, Robert de Bruce. Dan mereka telah mewujudkan pertubuhan rahsia dari sisa-sisa Knight Of Templar itu yang dikenali sebagai Freemason. Mendukung misi yang sama, tetapi nama yang berlainan. Sehingga ke hari ini, Freemason telah mengawal dunia dari segala aspek ekonomi, saintifik, ketenteraan dan banyak lagi. Pertubuhan rahsia ini berselindung di sebalik Pertubuhan Persaudaraan dan ahlinya terdapat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia sendiri.




Di sinilah para Mason bebas mengamalkan sihir Kabbalah tanpa tentangan dan dibina Rosslyn Chapel yang terkenal di kalangan ahli-ahli Mason dan Rosicrusian. Rosslyn Chapel telah dibina Willian Sinclair. Di seluruh Rosslyn Chapel, terdapat unsur-unsur Masonic yang jelas kelihatan di dinding-dinding. Penulis buku Rosslyn And The Grail iaitu Mark Oxbrow dan Ian Robertson berpendapat ukiran di dinding Rosslyn Chapel adalah diambil dari ukiran dinding Temple Solomon. Rosslyn itu sendiri berasal dari bahasa Gaelic yang bermaksud pengetahuan kuno yang diwarisi generasi ke generasi.


Rosslyn Chapel




University Of Exeter



JK Rowling pernah menuntut di sini selama 4 tahun. Jika kita lihat moto universiti ini sendiri Lucem Sequimur yang bermaksud We Follow The Light. Mungkin rata-rata kita menganggap Light itu adalah ilmu tetapi dalam paganism-codex light itu adalah Lucifer/ Iblis.

Universiti ini juga menawarkan pengajian Olkutisme dan Paganisme kepada mahasiswanya. Dan semasa menuntut di sini, JK Rowling tidak hanya mempelajari bahasa Perancis malah turut sama menuntut dalam bidang ini. Program ini dinamakan 'Western Esotericism' di bawah HuSS (School of Humanities and Social Sciences).
Antara modul-modul pembelajaran di bawah program ini ialah:
1. Alexandrian Hermetism

2. The Hermatic Art Of Alchemy

3. Kabbalah

4. Rosicrucianism and Freemasonry

5. Theosophy and Esotericism

6. The Esoteric Body

7. Sufism And Islamic Devotional Study

8. Heretics And Mystics Language
9. Withcraft In History

10.The Disenchangement Of The World Society And The Supernatural In Early Modern Europe


Jadi jelaslah di sini JK Rowling bukanlah ibu tunggal yang berbakat menulis cerita kura-kura dan arnab, tetapi jauh lebih hebat dari itu. Dengan pengetahuan yang ditimba semasa di universiti beliau telah memasukkan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah dalam cerita fantasi rekaannya itu. Karyanya boleh diibaratkan seperti 'The Handbook Of Occult' tetapi dalam versinya sendiri dengan lebih 400 juta naskhah terjual di seluruh dunia. Novelnya begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang dan ritual okultisme sihir seperti Minerva McGoganall, Mirror Of Erised, Quidditch dan banyak lagi. Secara tidak langsung mendedahkan kepada kita tentang sihir-sihir yang dilarang oleh Allah.


Tentang jalan cerita Harry Potter rasanya tidak perlu saya ulaskan di sini kerana jalan ceritanya terlalu panjang untuk diulas. Rasanya elok juga jika didedahkan asal nama watak-watak dalam cerita ini yang saya yakin ada kaitan dengan okultisme dan paganisme.

Harry Potter


Harry Potter adalah watak utama dalam cerita fantai ini. Harry bermaksud 'Panglima Perang' dan Potter diambil konon-kononnya bekas jiran JK Rowling


Ron Weasley


Ron Weasley adalah kawan baik Harry Potter dan Hermione. Ron juga boleh diterjemahkan sebagai Running Weasel yang berkaitan dengan jaguh catur pada kurun ke 6. Ron juga bermaksud Penasihat Raja.

Hermione Granger



Hermione adalah kawan baik Harry Potter bersama Ron. Namanya bermaksud Pembawa Pesan dan dalam mitos Yunani adalah Messenger Of Gods yang juga dikenali sebagai Hermes.


Albus Dumbledore


Albus membawa makna Putih dan Dumbledore adalah dari bahasa Inggeris Kuno yang bermaksud lebah besar yang berbulu.


Minerva McGonagall

Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan, Kesenian, Sihir, Perdagangan dan Seni Perang bagi masyarakat Rom. Manakala McGonagall bermaksud berani.

Sirius Black


Sirius adalah bintang berbentuk anjing yang paling terang di angkasa. Hampir semua ahli keluarga Sirius Black dinamakan sempena nama bintang, Bellatrix, Regulus, Andromeda dan Draco. Bintang-bintang memainkan peranan penting dalam ritual Kabbalah dan Mesir Kuno.


Lucius Malfoy


Lucius juga adalah nama lain bagi Lucifer/Iblis. Namun bagi penyembahnya, Lucifer bermaksud Sang Cahaya, begitu juga dengan Illuminati.


Secara tidak sedar cerita sebegini akan mencemari minda kita dengan sihir-sihir tanpa kita sedari. Tidak cukup dengan novel, filemnya juga terus mendapat sambutan hebat dari seluruh dunia. Mereka telah men'program' minda kita tanpa kita sedari, dengan sihir kita akan dapat apa yang kita ingini. Inilah hakikat sebenar yang sedang terjadi. Sedangkan kita sedia tahu sihir itu adalah haram dan ditegah oleh Allah untuk mengamalkannya atau mempelajarinya, Secara tidak langsung dengan cerita sebegini kita telah mempelajari sedikit sebanyak tentang sihir atau magic ini.

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Al-Baqarah 102

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

An-Nisa 116


Kami pada zaman jahiliah dahulu mengamalkan jampi, lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu mengenai hal itu?” Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Perlihatkan kepada ku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik.”
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)


P/S: Segala apa yg WnH sampaikan ini adalah utk membuat para pembaca berfikir sejenak apa yang telah kita lupa dari apa yg telah kita lalui selama beberapa dekad ini. Cuba renungi bersama2 untuk memperbaiki kesilapan yang lalu tanpa kita sedari mahupan dalam keadaan sedar. Insyallah WnH akn tampilkan lagi isu-isu yang dapat menjadi pengajaran dalam kehidupan seharian kita.Jadikanlah ini suatu titik permulaan dalam perubahan!


19 comments:

  1. perghh...hot pulak harry potter..nwy mak aku pun kate xbek tgk cite ni..tenkiu mama..

    ReplyDelete
  2. kabbalah tu ape?hantu ke?ke ajaran die?

    ReplyDelete
  3. kabbalah itu adalah Ilmu Hitam kuno yg digunakan pada zaman dulu kala..saudara boleh membaca artikel2 sebelum ini bg mengenali apa itu kabbalah,

    ReplyDelete
  4. saudara WnH x berminat nak mengkaji pasal 'philosopher stone'?
    memandangkan saudara sudah pergi sejauh ini,
    sy menyarankan agar saudara turut mencari maklumat berkenaan 'philosopher stone'...

    philosopher stone ni banyak di gunakan dalam komik seperti fullmetal alchemist dan harry potter sendiri sebagai isi utama cerita tersebut..

    n yg menarik nye..
    name2 besar seperti sir isaac newton dan nicolas flamel turut meminati philosopher stone ni..sebab philosopher stone ni dikait kan dgn immortality atau pon kehidupan kekal abadi...

    well..
    kalo nk cerite,panjang lg..
    maybe kite ly jumpe untuk berbincang lebih lanjut?

    ReplyDelete
  5. hemm.. so.. nak bincang kat mane nie..

    ~Blog Stalker~

    ReplyDelete
  6. Terima kasih diatas keprihatinan saudara~WnH telah tetapkan tarikh dan tempat utk perbincangan kita melalui message yg telah WnH hantarkan.kita akn bincangkannya dengan lebih lanjut dalam masa terrdekat ini...

    ReplyDelete
  7. perghhh..dasyat laaaa artikel ni...menarik2..

    ReplyDelete
  8. hmm bila nk keluarkan artikel pasal philosopher's stone? menarik2. mmg ada dlm cerita alchemist smp tahap 2 beradik kartun tu bertukar badan, diburu dan jd pelarian semata mata utk stone tu.

    ReplyDelete
  9. Kami masih lagi dalam kajian kami,maaf diatas kelewatan kami utk memaparkan lagi post kami,

    ReplyDelete
  10. dalam novel terakhir dia, Harry Potter n the Deathly Hallow tuh.. simbol deathly hallow tu terang2 logo freemason..

    ReplyDelete
  11. kalau lucius tu dikatekn lucifer brmaksud die 2 azazilla........ tp knpe dalam filem nie......voldemort yg mnjadi ketue.........dan knpe lucifer 2 seperti dprbodohk2kn......sdngkn masyarakat freemason memegah2kn azazil.......dalam filem nie kte lihat harry sndiri boleh kalahkn lucius.......menunjukkn mcm lucius nie lemah........xkn mereka nk tunjukkn ketue dorg lemah.....sile kaji semule.........

    ReplyDelete
  12. lerr, based on which planet does that make sense??
    hanya sekadar maksud nama2 karaktor pastu da dikaitkan dgn masonic or illuminati,,,??
    malaysia, i know and i understand, everyone is so hype and excited about uncovering the secret society of illuminati and dajjal stuffs tapi please bagi SOLID EVIDENCE, full history, links of the subjects with your points!

    please jangan bagi orang luar ketawa tgk gelagat Malaysian yg PARANOID!
    case example: Tokey Lizard a.k.a TOKEK, can cure AIDS?? that is plain dumb isn't it~
    yes, so please do more than this, give MORE DETAILS, LINKS, RESEARCH, AFFLIATES, ANYTHING that can SOLIDLY prove that your article is FACT and not mere assumption!
    please malaysian, dont easily believe is stuff as shallow as whatever yg sewaktu dgnnya la kan..
    OPEN YOUR EYES, CUZ DAJJAL IS ONE EYE CLOSED.

    ReplyDelete
  13. terima asih di atas maklumat yang diberikan..

    ReplyDelete
  14. ok.., they all just bg info..kita dianugerahkan akal. right? so., klu kita rasa benda tu blh diterima kita terima., klu x just forget it. yang penting mereka xnk kita terpengaruh dgn cerita tu..>
    dan tentang Fullmetal alchemist., ia bukan sekadar anime yg menceritakan tentang philosopher stone..
    pnah dgr nama Fuhrer, Wrath, Envy? semuanya terkandung di dlmnya.
    Ketiga-tiga nama tu diambil drp sebuah kitab.
    Tekalah.,kitab apa?

    ReplyDelete
  15. >Wrath,Envy,Lust,Gluttony,Greed,pride,Sloth atau dikenali sbgai 7sin,7deadly sin,etc..dalam agama kristian..
    >Fuhrer:pulak...pngkat tertinggi dlam kententeraan German/Nazi..(Fuhrer Adolf Hitler)
    >Homunculus:digambarkan sejenis makhluk yg ad dlam otak manusia...pnjg sgt nk trangkan (tnya pacik google)...
    Sign Homuculus/tanda Homuculus...
    1.Ouroboros(Naga/ular gigit ekor sendiri):maksudnyer ifiniti..dalam alchemy merujuk kepada proses aliran xkan tamat.dan proses peciptaan philosopher stone

    2. Dua segi tiga dalam lingkaran naga dlam alchmist dipanggil 'ciptaan' bukan bintang david.

    >Philosopher stone:mampu mengubah logam biasa kepada logam berharga(emas)dan bahan(elixir of life) utk jdi immortal/abadi (untk mnjdikan logam biasa kepada emas mungkin Xmustahil(kisah qarun)cuma kaedahnya sahaja terlalu advance..kalau immortal 2 mustahil yg amt sgt)
    >serpent and cross (ular melilit salib):http://symboldictionary.net/?p=1363
    >maaf kalau tersilap(hanya utk berkongsi)


    ReplyDelete
  16. Saya mau nanya..Siapa di MOSUHS?

    ReplyDelete
  17. this creep me out😭 anyway thanks. sy bru tgok hp ni. best gila, i just amaze how the idea of this film. tp best srs best. tp yela jgn smpai kita trlalu agungkan benda ni. nak tanya if kita hafal those spell still kira cam kita bljr sihir ke? kalau hfal stakat suke2?

    ReplyDelete