brought to you by Wek & Hadi Co. [WnH]

BERSEDIA UNTUK MENERIMA PERUBAHAN!

Tuesday, December 29, 2009

Pembongkaran Konspirasi Michael Jackson




Sebelum ini, kami membawakan kepada anda pembongkaran mengenai salah satu lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Dewa 19, iaitu kumpulan yang berasal dari Indonesia ini. Segala Info yang kami sampaikan, bukanlah memaksa anda untuk menerimanya, tetapi sebagai salah seorang umat Islam, kami merasakan bahawa kami patut menyebarkan info-info ini untuk pengetahuan anda tentang betapa bahayanya pengaruh Dajjal Al-Maseh dan Yahudi yang telah menular kedalam jiwa setiap insan yang hidup di bumi ini. Post kali ini pula ialah berdasarkan kematian Michael Jackson yang penuh dengan misteri!

Michael Jackson merupakan satu lagenda yang pernah menggegarkan dunia satu masa dulu. Nama yang dikenali hampir diseluruh pelusuk dunia ini sememangnya seorang yang berbakat besar dalam industri hiburan. Tidak perlu bagi WnH untuk meletakkan biografi penuh Michael Jackson kerana kami yakin anda mengenali insan ini. Lagu-lagu hit seperti ‘You are not alone’, ‘Beat It’, ‘Thriller’ dan sebagainya menjadi siulan di kalangan remaja pada masa kini. Tanggal 25/6, kita dikejutkan dengan berita tentang kematiannya. Michael meninggal di UCLA Medical Center setalah terkena serangan jantung di rumahnya di Holmby Hills. Paramedik berusaha menolongnya di rumah, kemudian membawanya ke rumah sakit tersebut. Menurut abangnya, Jermaine, Michael telah lama menderita sakit jantung. Itulah yang digembar-gemburkan oleh media barat yang telah diterima oleh semua orang yang meratapi pemergian ‘King Of Pop’ ini.

Kami amat tertarik dengan berita itu. Oleh itu, kajian demi kajian dibuat. Seperti yang anda semua ketahui, abang MJ terlebih dahulu masuk Islam dan menggunakan nama ‘Muhammad Abd Aziz’. Pelbagai bentuk tekanan yang dikenakan kepada Jermaine sehingga menyebabkan beliau berpindah ke Bahrain.

Pada tahun 1989, MJ telah membuat pengumuman yang mengejutkan dunia. Berikut merupakan text yang telah kami dapati ;

"I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...."

Semenjak daripada itu, hidup MJ berubah sama sekali. Hidup beliau tidak pernah lekang daripada tuduhan-tuduhan yang dilontarkan kepadanya. Antaranya tuduhan mencabuli kanak-kanak. Semua tuduhan ini menyebabkan MJ berasa tertekan memandangkan MJ merupakan seorang yang berjiwa halus. Pelbagai jenis ugutan diterima oleh MJ sejurus selepas beliau membuat pengumuman itu. Semua pertuduhan yang dibuat oleh media ini bertujuan untuk membuatkan peminat-peminat beliau membenci beliau. Dan apabila beliau dibenci, beliau akan hilang pengaruh di kalangan peminatnya yang berjuta-juta kuantitinya di seluruh dunia ini.

Beliau telah menetap di England selama bertahun-tahun dan banyak diberi tunjuk ajar oleh seorang kawannya yang turut telah memeluk Islam, iaitu Cat Steven (Yusuf Islam). Beliau juga telah berkawan dengan seorang composer Muslim bernama Zain Bikha dan telah menghasilkan lagu ‘Give Thanks To Allah’. Zain Bikha telah mencipta lagu ini untuk dinyanyikan oleh MJ pada bila-bila masa Mj bersedia untuk menyanyikan lagu ini.

MJ telah mengikut jejak langkah abangnya untuk ke Bahrain dan telah menjadi tetamu besar anak kepada Raja Bahrain, bernama Sheikh Abdullah bin Hamad Al Khalifa. Disini, beliau telah berfikir dengan mendalam tentang penukaran agama beliau kepada agama Islam. Mj tinggal di Bahrain lebih kurang 3 tahun dan disana beliau mempelajari Islam, membaca Al-Quran dan belajar bersembahyang. Kemudiannya, beliau kembali ke Los Angeles dan memeluk Islam pada November 2008 di rumah temannya. Beliau juga turut mengerjakan haji bersama Raja Bahrain dan anaknya.

Semenjak memeluk Islam, MJ berikrar untuk tidak melakukan konsert lagi selepas beliau melakukan konsert terakhirnya sebelum kematian beliau. Beliau merancang semasa konsert beliau yang terakhir itu, beliau akan mengumumkan kepada umum tentang penukaran agama yang telah dibuat oleh beliau. Beliau akan berhenti menyanyi dan hanya akan menyanyi bersama Yusuf Islam dan rakan-rakan Muslim yang lain. Beliau juga turut merancang untuk menyanyikan lagu ‘Give Thanks To Allah’ semasa konsert beliau yang terakhir itu. Itu jugalah sebabnya beliau ingin menjalankan konsert itu di London. Kerana di USA, beliau menerima pelbagai kecaman apabila beliau membuat permintaan untuk menyanyi bersama Yusuf Islam.

Pada jam 12.30pm, 25th June 2009, beliau memeluk Pengurus Produksinya dan mengatakan bahawa beliau telah bersedia sepenuhnya untuk menjayakan konsert ini setelah melakukan rehearsal selama 2 bulan.

Pada jam 2.26 petang, kita diumumkan dengan kematian beliau!

Apabila 911 dihubungi, mereka bertindak seolah-olah tidak langsung mengenali siapa itu MJ. Mereka bertanyakan pelbagai jenis soalan seolah-olah seperti mereka mahu menangguhkan masa. Apa perlunya mereka berbuat demikian? Mengapa mereka sebegitu bodoh tidak mementingkan nyawa orang yang sedang dalam bahaya?

Pihak hospital mengatakan bahawa laporan autopsi akan keluar dalam tempoh 2 bulan. Sangat tidak masuk akal disini. Kita sendiri tahu bahawa teknologi di Afrika pun boleh mengeluarkan laporan autopsi dalam kurang dari 2 minggu.

Keluarga MJ mendesak pihak hospital mengeluarkan laporan secepat mungkin kerana mereka merasakan sesuatu yang tidak kena dengan kematian MJ. Laporan dikeluarkan selepas 4 hari berikutnya. Berdasarkan laporan, MJ telah disuntik dengan anaesthetic yang melebihi dosage yang dibenarkan. Terlebihnya dosage anaesthetic ini di dalam tubuh manusia akan menyebabkan denyutan jantung terhenti.

Satu lagi laporan mengatakan bahawa dadah anaesthetic itu penuh di dalam saluran darah MJ – tidak ubah seperti kematian Marilyn Monroe.

Doktor peribadi MJ juga turut menjumpai beberapa kesan suntikan di tubuh MJ menunjukkan usaha untuk menyuntik MJ telah dilakukan beberapa kali secara paksa.

Menerusi CNN Live, Presiden US, Barrack Obama telah membuat kenyataan berikut ;

"I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."

Jadi, persoalannya sekarang, mengapa seorang Presiden Negara besar membuat kenyataan berikut sedangkan laporan rasmi autopsi berkaitan kematian MJ tidak lagi keluar. Apa motif beliau? Seperti dia takutkan bayangnya sendiri!

Kita mengenali MJ sebagai seorang yang tidak menagih dadah dalam kehidupan beliau. Mengapa beliau perlu ketagih kepada dadah anaesthetic itu? Jika MJ betul-betul hendak bunuh diri, mengapa beliau tetap menjalankan rehearsal untuk konsert terakhir beliau?

Sudahlah dengan kematian MJ. Konspirasi yang sama juga terjadi dengan kematian Princess Diana, Martin Luther King, Marilyn Monroe dan John F Kennedy. Semua ini satu konspirasi kerana mereka takutkan jumlah penganut agama Islam yang kian bertambah. Setiap karakter-karakter yang mati, semuanya yang mencipta nama dan mempunyai peminat-peminat mereka yang tersendiri.

WnH berpendapat bahawa setiap individu yang mencipta nama yang telah mati, semuanya menyangkal setiap apa niat dan tujuan yang telah ‘The Elit’ berikan kepada mereka. ‘The Elit’ merupakan golongan yang menjalankan segala arahan yang telah dikeluarkan daripada Dajjal. Dan setiap mereka yang mengingkarinya, pasti akan dihapuskan demi mengelakkan konspirasi mereka terbongkar.

Berikut merupakan text yang kami dapati daripada internet ;

“MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's 3 children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness. Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim. So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed. MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government.”

Marilah bersama-sama kita meneliti petikan lirik lagu yang diambil daripada salah satu lagu MJ, “They Don’t Care about Us”

Bang bang, shot dead
Everybody's gone mad
All I wanna say is that, They don't really care about us
All I wanna say is that, They don't really care about us
Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, kike me
Don't you black or white me
All I wanna say is that
They don't really care about us


Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka


All I wanna say is that
They don't really care about us
Tell me what has become of my life
I have a wife and two, children who love me
I am the victim of, police brutality, now
I'm tired of being the victim of hate
You're raping me of my pride, Oh, for God's sake
I look to heaven to, fulfill its prophecy...
Set me free, Skin head
dead head, Everybody gone bad
trepidation, speculation
Everybody allegation
In the suite, on the news
Everybody dog food

black man, black mail
Throw your brother in jail
All I wanna say is that. They don't really care about us

The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan.

Marilah bersama-sama kita membuka minda dan menyedari hal yang kian serius ini.


p/s : Segala apa yang disampaikan oleh WnH merupakan teori yang diperbuat berlandaskan kajian terhadap keadaan yang terjadi sekarang dan tidak lupa juga kepada hadis-hadis yang sahih. Adalah digalakkan sekiranya artikel ini dikongsi beramai-ramai dan diperluaskan infonya.

Friday, December 25, 2009

Dewa 19 Kolaborasi Yahudi?


Pupus? Laskar Cinta? Separuh Nafas? Satu?

Semua lagu-lagu ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Lagu-lagu ini dipopularkan oleh band yang menggelarkan diri mereka Dewa 19. Namun, apa yang ingin diperbincangkan bukanlah populariti mereka di Malaysia. Akan tetapi, sejauh mana kebenaran kenyataan bahawa kumpulan ini merupakan salah satu kenderaan yang digunakan Dajjal untuk menyesatkan umat Islam.

Kumpulan muzik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan musik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.


Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan 'Unfinished Pyramid' sama seperti di Satu Dolar US.
Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.

Bintang Lima (2000)

Dewa 19 1992


All Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)

Demikian yang anda dapat lihat pada kulit-kulit albumnya. Sekarang, WnH akan membawa anda meninjau sedikit kedalam salah satu video klip kumpulan ini yang bertajuk 'Satu'. Lagu ini jika diteliti bait-bait liriknya, memang mempunyai kait rapat dengan Dajjal. Berikut merupakan snapshot-snapshot yang telah dipilih untuk membuktikan kepada anda betapa kuatnya pengaruh Dajjal telah diserapkan ke dalam video klip ini.





Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus.


Formation tangan yang sama dengan Baptomet ( Kaballah )



Gambar Atas : One Eye

Gambar di atas seolah-olah menunjukkan bahawa minda manusia sudahpun dikuasai oleh sistem Dajjal yang dijana oleh Yahudi

'Unfinished' Piramid

Perhatikan 'One Eye' di atas manusia. Manusia seolah-olah 'terpenjara' di dalam dunia Dajal. (NWO = New World Order)



Klik pada video di bawah untuk menonton versi penuh video klip Dewa yang bertajuk Satu ini.

video

Kumpulan ini juga turut mencipta sebuah lagu yang bertajuk 'Sweetest Place'. Cuba anda meneliti setiap lirik yang tercipta di bawah dan renung-renungkan kepada siapa lagu ini dicipta.

Dewa-Sweetest Place


This is the sweetest place
Baring my feeling
I'm welcoming an eye
Into the darkest one
It tells me not to worry
For the time is yet to come
For someone to arrive
And heal the troubled one (bukankah ni janji2 palsu Dajjal?)
Suddenly the rainfalls
Showering a desert stone
Wash away these tears of yesterday
I hear the sound of
A raising chorus
Sung by the angels
And the broken heroes (ni kutuk Imam Mahdi ke?)
I wont go back now i feel so right
I've found a place
Where dreams and life become one
And finally i don`t have to run
I've found a place
Where dreams and life become one
Become one

Anda boleh klik url di bawah untuk mendownload lagu ini.
http://www.4shared.com/get/77734811/2b5038b2/Dewa_-_05_Sweetest_Place.html


Adakah semua ini kebetulan? Adakah semua ini disengajakan? Bukalah minda anda seluas-luasnya dan jawapannya terletak di tangan anda.


p/s : Segala apa yang disampaikan oleh WnH merupakan teori yang diperbuat berlandaskan kajian terhadap keadaan yang terjadi sekarang dan tidak lupa juga kepada hadis-hadis yang sahih. Adalah digalakkan sekiranya artikel ini dikongsi beramai-ramai dan diperluaskan infonya.

Thursday, December 24, 2009

Rahsia Di Sebalik Logo Satu Mata

Jikalau kita membuka sedikit ruang untuk minda kita berfikir, mungkin ramai di antara saudara-saudara Islam saya ini menyedari tentang logo 'satu mata' yang kian meluas digunapakai oleh mana-mana syarikat Yahudi yang terdapat di seluruh dunia. Pernah anda terfikir mengapa logo-logo tersebut digunakan? WnH akan merungkaikan lebih lanjut tentang logo-logo ini.

Seperti yang kita sedia maklum, menurut hadis, Dajjal telah terhapus sebelah matanya (iaitu mata kanan). Ini bermakna, Dajjal hanya menggunakan sebelah matanya sahaja untuk melihat. Ini juga boleh dikaitkan dengan logo-logo yang banyak digunapakai oleh Freemason.


Ini secara tidak langsung menguatkan teori yang telah WnH bincangkan sebelum ini, iaitu Freemason merupakan kenderaan Dajjal sebelum dia betul-betul memunculkan dirinya untuk berhadapan dengan Imam Mahdi.

Syarikat minuman Pepsi turut menggunakan logo 'one eye' ini dan diletakkan pada tin minuman yang dijual di kedai-kedai runcit.


Oleh yang demikian, bukan niat kami untuk menghalang saudara-saudara untuk menikmati air Pepsi. Apa yang ingin WnH sampaikan ialah bukalah minda saudara-saudara untuk menyedari betapa dekatnya hari kiamat dengan kita semua.

Nauzubillah..


p/s : Segala apa yang disampaikan oleh WnH merupakan teori yang diperbuat berlandaskan kajian terhadap keadaan yang terjadi sekarang dan tidak lupa juga kepada hadis-hadis yang sahih. Adalah digalakkan sekiranya artikel ini dikongsi beramai-ramai dan diperluaskan infonya.


Freemason [Kenderaan Dajjal]


Suatu masa dahulu, kita pernah didedahkan oleh satu majalah tabloid yg bergelar 'Mastika' tentang suatu badan NGO yang bertapak di Malaysia, iaitu Freemason. Jika dilihat dari aspek luaran, Freemason hanyalah sebagai pertubuhan yang tidak langsung menampakkan unsur-unsur penyembahan terhadap syaitan. Namun demikian, taktik berkenaan hanyalah sebagai 'kelambu' yang menutupi segala aktiviti-aktiviti mereka yang pada akhirnya akan membawa kepada kemunculan Dajjal Al-Maseh.

APAKAH ITU FREEMASON?

Menurut sebuah buku karangan Hj Nik Azran Muhammad dan Hj Mohd Mahadi Hj Isa yang bertajuk 'Gerakan Freemasonry', istilah Freemason itu sendiri bermaksud:

Free = bebas / merdeka
Mason = tukang bangunan / tukang batu

Freemason sudah bertapak di Malaysia untuk suatu masa yang lama. Tuan Guru Nik Aziz pernah mengusulkan pengharaman Freemason ini di parlimen satu ketika dulu tetapi gagal. Di Malaysia, Freemason didaftarkan sebagai Pertubuhan Persaudaraan untuk menyembunyikan tujuan sebenar mereka. Contoh Pertubuhan di bawah Freemason ialah Rotary Club dan Lion Club. Amerika sendiri adalah negara Freemason. George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini. Boleh dikatakan semua Presiden Amerika adalah ahli Freemason dan mereka mengikut arahan dari orang atasan Freemason. Orang atasan Freemason pula mengikut arahan Dajal laknatullah. Jika mereka ingkar atau tidak mengikut arahan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dibunuh atau dujatuhkan reputasi. Contoh, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy.

Selain itu, banyak juga golongan yang berpengaruh turut menjadi mangsa kepada sistem ini. Antaranya, artis-artis luar negara dan ahli politik, seperti Michael Jackson dan juga Princess Diana ( segala info tentang pihak-pihak berkenaan akan saya usulkan di post saya yang seterusnya)

Matlamat Utama Freemason!

Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman.


Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Roman menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula semasa kekuasaan Islam, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.

Mereka (Freemason) bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menyebar kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama Kristian dan Islam.

Sebelum kaum muslimin sedar tentang bahaya gerakan Freemason, penentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Penentangan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry di Mimar Sinan, Turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh penentangan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak berdirinya, Freemason telah menyokong kebebasan beragama, sama seperti yang terjadi kebelakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.

Freemason ditubuhkan di Inggeris secara rasmi pada tahun 1717. Tapi , sebelum tahun itu pun, Freemason telah wujud. Freemason telah ada sebelum 1717 tetapi secara 'underground' dan pada 1717 ini mereka telah sebarkan gerakan ini secara terang-terangan ke seluruh dunia. Pat Anderson adalah tonggak kepada Freemason telah mendirikan Grand Lodge Of England dengan menggabungkan empat lodge menjadi satu.


Banyak sumber Freemason menjelaskan bahwa sejarah gerakan ini bermula dari Ordo Knight of Templar semasa perang Salib di Jurusalem, Palestin. Pope Urban II, tahun 1095 menyeru Perang Suci atau Crusade dan mengajak kaum Kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Jurusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Pope Urban II menimbulkan emosi marah umat Kristian dengan berbohong. Dia berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Dia juga membakar kemarahan kaum Kristian dengan mengatakan bahawa kaum Islam telah dan sedang menguasai makam Jesus.

Pope Urban II menyeru agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini harus diakhiri, kerana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam. Dia juga juga menipu, bahawa siapa ke medan perang akan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat balasan syurga. Hasilnya, ribuan kaum Kristian berangkat menuju Palestin dengan kemarahan membara. Dan setibanya di sana, berlaku pembunuhan besar-besaran atas penduduk Islam Jurusalem dan Palestin.

Selama dua hari penyerbuan terjadi pembunuhan yang tidak boleh diterima akal dan rasa kemanusiaan. Sebanyak 40 000 penduduk Palestin dibunuh. Beberapa sejarawan menggambarkan, saat itu darah menggenangi tanah Jurusalem. Ada yang menyebut darah menggenang setinggi mata kaki, bahkan ada yang menggambarkan darah menggenang hingga lutut manusia dewasa. Tentera berperang dengan motivasi mendapatkan emas dan permata, dan juga banyak para kesatria Perancis membelah perut korban-korban mereka. Mereka mencari emas atau permata yang kemungkinan di telan penduduk Palestin.

Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib mulai mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militan di dalam biara tersebut. Dan satu daripadanya adalah Ordo Knight of Templar.

Knight of Templar juga dikenali sebagai tentera miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman. Dikenali miskin kerana gambar dari logo yang mereka gunakan, dua tentera yang menunggang seekor kuda. Untuk menunjukkan bahawa mereka miskin, satu kuda harus dinaiki dua orang tentera Knight of Templar. Dikatakan, mereka dipaksa untuk makan tiga kali saja dalam seminggu. Mereka juga dikenali dengan nama Knight Of Temple Solomon kerana misi mereka adalah untuk membangunkan kembali Temple Solomon di tapak Masjid Al-Aqsa. Hugh de Pavens dan God frey de St Omer adalah pengasas gerakan ini. Spekulasi dari kalangan sejarawan mengatakan, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh pengasas Ordo Knight of Templar ini. Mereka juga mengamalkan sihir kuno Yahudi iaitu Kabbalah.

Meskipun mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Mungkin di masa awal-awal penubuhan mereka sahaja mereka miskin. Dalam waktu yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan melakukan kawalan penuh terhadap penziarah Eropah yang datang ke Palestian. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putera para bangsawan Eropah yang tentu saja akan membekalkan dana yang banyak. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan pertama pada abad pertengahan.

Pada masa itu banyak orang-orang Eropah yang ingin berpindah atau setidaknya ziarah ke Palestin. Dan tentu saja perjalanan yang jauh dari Eropah memerlukan bekalan yang tidak sedikit. Dan mereka telah mereka satu cara, para penziarah tidak perlu membawa harta mereka dalam perjalanan. Mereka hanya perlu mewakilkan pada sebuah perwakilan Templar di Eropah, mencatat dan menghitung nilai dan mereka berangkat ke Palestin berbekal catatan nilai harta yang akan ditukarkan dengan nilai wang yang sama di Palestin. Gerakan ini didominasi oleh Ordo Knight of Templar yang membuat mereka sangat kaya raya kerana mendapat keuntungan dari sistem bunga yang mereka kembangkan. Dan sistem inilah yang digunakan sekarang!

Kerana ordo ini sangat berkuasa, mereka mulai menampakkan ciri aslinya, iaitu sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan iblis (Lucifer). Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Fir’aun.




Mengetahui hal ini, Raja Prancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan ordo Knight of Templar karena dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Pope Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan, dan beberapa pimpinan Ordo Knight of Templar yang bergelar Grand Master (pangkat ini masih dipakai sebagai tingkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang) turut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan keterangan bahawa anggota-anggota Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, menyembah syaitan, memakan daging teman-teman mereka sendiri yang sudah mati. Bahkan salah seorang saksi mengatakan, para Templar memperkosa perawan-perawan hingga hamil dan bayinya dibunuh dengan cara yang sadis untuk kemudian di bakar dan diambil minyaknya, dijadikan minyak suci untuk persembahan para pemimpin mereka!

Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyeksaan demi penyeksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Ordo Templar. Pada tahun 1312, Ordo Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja , dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Ordo Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan nafasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Pope Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, disusuli Pope Clement sebulan setelah Raja Philip mangkat.

Jacques de Molay

Setelah itu terjadi pemusnahan besar-besaran, sekali lagi atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tidak hanya terjadi di Palestin, tapi juga terjadi di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Dan akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgasana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang tempat terpenting dalam perkembangan gerakan Freemason. Dan mereka menukar nama dari Knight Of Templar kepada Freemason tetapi misinya utamanya sama iaitu membina kembali Temple Of Solomon untuk menyambut kedatangan Messiah mereka ataupun Dajal laknatullah.

Dibawah disenaraikan Lodge-Lodge yang terdapat di Malaysia serta Asia Tenggara.


1. Lodge Scotia No. 1003 Penang
2. Lodge St. John No.1072 Bangkok
3. Lodge Tullibardine in the East No. 1118 K Lumpur

4. Lodge Ailsa No. 1172 S'pore
5. Lodge St. Andrew No. 1437 S'pore
6. Lodge Sarawak No. 1452 Sarawak
7. Lodge Angus No. 1529 Ipoh
8. Lodge Sri Aman No. 1545 K Lumpur

9. Lodge Royal Pahang No. 1589 Pahang

10. Lodge Kilwinning in the East No. 1606 K Lumpur

11. Lodge Lane Xang No. 1632 Bangkok
12. Lodge Pattaya West Winds No. 1803 Pattaya
13. Lodge Mulu No. 1821 Kuching
14. Lodge Si-Rusa No. 1823 P Dickson

15. Lodge Mt.Faber No. 1825 S'pore
16. Lodge Api-Api No. 1826 K Kinabalu
17. Lodge Darul Ehsan No. 1827 Port Klang

18. Lodge Taiping No. 1831 Taiping

19. Lodge Ratanakosin No. 1833 Bangkok

Marilah bersama-sama kita renungkan betapa hampirnya umat Islam untuk berhadapan dengan kebangkitan Dajjal Al-Maseh

p/s : Segala apa yang disampaikan oleh WnH merupakan teori yang diperbuat berlandaskan kajian terhadap keadaan yang terjadi sekarang dan tidak lupa juga kepada hadis-hadis yang sahih. Adalah digalakkan sekiranya artikel ini dikongsi beramai-ramai dan diperluaskan infonya.


Persepsi SALAH Terhadap Dajjal Masa Kini!

Umumnya masyarakat Islam atau lebih tepat lagi 98 % berfikiran kolot tentang makhluk bernama DAJJAL serta saat-saat kemunculannya. Apakah yang dimaksudkan dengan KOLOT? Apakah kaitannya dengan masyarakat Islam?

KOLOT bermaksud ‘jumud‘ atau ketinggalan zaman atau lebih tepat lagi ‘cara lama‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’ pula ialah memikirkan sesuatu perkara dengan ‘cara lama’ (old style) dan langsung tidak memperbaharuinya.

Sebagai contoh, sepasang suami isteri Muslim yang berpendidikan tinggi dan moden mendapati anak mereka sakit demam yang berpanjangan walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa berfikir panjang mereka mengesyaki anak mereka terkena sampuk syaitan atau perbuatan orang yang mana kebetulan juga mereka tidak berapa baik dengan jiran sebelah rumah.

Maka pasangan tersebut telah membawa anak mereka berjumpa bomoh. Memandangkan pasangan tersebut orang kaya, maka adalah sukar seorang bomoh untuk mengatakan ‘anak mereka sakit biasa saja’, peluang terbaik untuk mendapat income lebih ialah mengatakan ‘anak anda kena buatan orang’.

Itulah cara pemikiran kolot orang Islam, sudah belajar tinggi-tinggi masih mencari bomoh yang tiada sijil SIRIM itu. Begitulah juga tentang hal ehwal Dajjal. Umat Islam masih memikirkan Dajjal seperti berikut ;

A. Gambaran paling kolot !

  • Digambarkan bermata satu dan bertanduk serta berbadan besar.
  • Digambarkan sebagai raksasa yang ganas.
  • Digambarkan seperti raksasa yang berjalan di atas permukaan bumi dan memijak semua rumah-rumah.

B. Gambaran kolot !

  • Dajjal digambarkan orang bermata satu yang datang dengan tentera-tenteranya di atas satu kapal angkasa.
  • Dajjal digambarkan memaksa setiap orang yang dijumpainya supaya mengaku dirinya sebagai tuhan.
  • Dajjal digambarkan suatu manusia yang berperwatakan ganjil dan keadaan fizikalnya yang menakutkan serta suka membunuh semua orang yang dijumpainya.

Setelah berfikiran seperti A dan B, umat Islam secara sendirinya cuba membentuk pula jalan penyelesaian masing-masing terhadap persoalan, “apa aku nak buat jika Dajjal datang kepada ku?”

Berikut pemikiran kolot umat Islam tentang jalan penyelesaian menghadapi Dajjal;

A. Penyelesaian paling kolot !

  • Apa aku nak takut! Jika dia paksa aku, aku tetap akan berlawan jika aku mati nanti, aku akan mati syahid macam sahabat nabi
  • Aku akan make sure tempat persembunyian aku tidak diketahui Dajjal.”
  • “Aku akan make sure tempat sembunyi aku di bawah tanah kerana rasaksa Dajjal tu rabun, xleh nampak mane aku sorok"

B. Penyelesaian kolot !

  • Kalau Dajjal suruh mengakui dia sebagai Tuhan, aku angguk jela. Layankan je. Tapi hati aku tetap mengaku Allah Tuhan yang Maha Esa."
  • “Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia sebagai tuhan, baik aku ikut je. Lepas tu kalau aku jadi orang dia, aku mesti cari peluang bunuh dia.”

Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang dapat penulis kumpulkan. Dan banyak lagi pemikiran kolot yang tak dapat penulis tuliskan kerana terlalu banyak yang merapu dan tidak masuk akal.

Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja Dajjal?

Jika umat Islam mempunyai fikiran seperti A dan B, manakala jalan penyelesaian juga seperti A dan B, seronoklah Si Laknat itu. Mungkin ada yang memikirkan bahawa Dajjal tidak tahu cara berfikiran kolot di atas. Mana mungkin tidak! Dajjal dimudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan kerja-kerja terkutuknya.

Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai nafsu yang sememangnya dikuasai oleh syaitan untuk menyesatkan iman kita. Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa yang difikirkan manusia dilaporkan oleh syaitan untuk tujuan kajian Dajjal. Ini secara tak langsung menjadikan Dajjal ini berhubung dengan manusia secara terus, yang mana jika difikirkan dengan logik akal, manusia dikuasai mindanya secara direct oleh Dajjal!

Dajjal akan mengumpulkan semua pemikiran manusia untuk dibuat satu kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya Dajjal mendapat maklumat bahawa 90 % golongan remaja meminati dunia hiburan atau lebih cenderung kepada muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan suatu bentuk penyelidikan bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran remaja melalui muzik.

Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih mudah juga untuk memikirkan bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan dan pemujaan terhadap dirinya melalui muzik dan hiburan. Sebagai contoh, band Cradle of Filth yang banyak menerapkan unsur-unsur pemujaan terhadap Raja Syaitan, Lucifer. Untuk memaksa manusia menyembah Dajjal secara terang-terangan adalah sukar, kerana masing-masing mempunyai benteng tersendiri iaitu agama masing-masing sama ada Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.

Tetapi untuk membuat manusia mengakuinya sebagai tuhan tanpa manusia sendiri sedari adalah suatu perkara yang mudah. Jika aspek hiburan adalah senjata, maka hiburanlah yang perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.

Ingatlah wahai saudara-saudara sekalian, bagi kami (WnH), raksasa atau makhluk aneh yang anda tunggu-tunggu tidak akan kelihatan sampai bila-bila. Apa yang pasti, yang akan muncul nanti ialah seorang manusia yang kelihatan normal, berpendidikan, prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik yang luar biasa. Manusia itu bernama Dajjal. Kenyataan ini telah banyak dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-pemikir Islam dan Barat.

Cara ia memunculkan diri dan hari kemunculannya tidak diketahui melainkan konco-konconya yang terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin beberapa negara Eropah, billionaire dan ketua agama Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam tidak menyedari kerana umat Islam masih memperhatikan manusia yang bermata satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di dahinya.

Semua itu tidak kelihatan. Walaupun hadis mengatakan Dajjal dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma hanya pada keadaan tertentu yang menampakkan ia begitu. Dan itulah tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan diselidiki bukannya difahami secara luaran sahaja.

Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah konco-konconya dan ulama-ulama yang zuhud yang mana mereka dapat menghidu bau bencana akhir zaman ketika kemunculannya itu.

Kesimpulannya, kita harus peka dengan keadaan sekeliling. Mana tahu mungkin jiran sebelah rumah kita yang baru pindah itu, berbaik-baik dengan kita kemudian menyebarkan fitnah sana sini, ialah jelmaan Dajjal?

p/s : Segala apa yang disampaikan oleh WnH merupakan teori yang diperbuat berlandaskan kajian terhadap keadaan yang terjadi sekarang dan tidak lupa juga kepada hadis-hadis yang sahih. Adalah digalakkan sekiranya artikel ini dikongsi beramai-ramai dan diperluaskan infonya.

Hakikat Dajjal Al-Masseh

Bissmillahirahmanirahim...syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia ilmu yg tidak terputus2 ini,kami (WnH) dapat berkongsi maklumat2 tentang Dajjal Al-Masseh.Sekian lama kami mengkaji dan mengembara mencari identiti ataupun hakikat Dajjal Al-Masseh akhirnya dapat juga WnH bergkongsi dan menjadikan ia suatu titik perubahan kepada sekalian ummat utk berwaspada dan berjaga2 akn kedatangan Ad-Dajjal Al-Masseh.Sebelum saya menghuraikan siapakah Dajjal ini,ingin saya berkongsi kepada rakan-rakan sepotong hadis yg dipetik bermaksud:

..seandainya dia (Dajjal) keluar,sedangkan aku berada di kalangan kalian,maka akulah yg akan berhadapan dengannya bagi mewakili setiap umat Islam. Dan dia (Dajjal) keluar selepas kematianku, maka setiap kamu adalah penyelamat (bertangungjawab untuk melawannya) dan Allah sebagai penolong kamu sekalian".



Siapakah Ad Dajjal Al-Masseh?
Kami (WnH) telah membuat beberapa kajian dan terbukti disini terdapat sepotong hadis yg menyatakan Dajjal ini bukanlah binatang mahupun makhluk lain,bahkan ianya adalah manusia seperti kita. Namun WnH tidak mahu anda-anda semua keliru dengan fakta yg kami buat ini. Oleh itu mari fahami dari hadis hadis yg kami sediakan diwabah ini:
Hadis ini diriwayatkan Amir Ibnu Syarahil Shabi Shab Hamdan dan ia disampaikan dari Fatimah inti Qais dan Fatimah mendengar hadis ini langsung dari bgainda:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata: "Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?" Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal." "Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: "Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab: "Aku pengintip rahsia (Jassasah)" Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?". Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu."


Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali. Kemudia mereka bertanya: "Siapa kamu ini?" Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan." Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?" Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering." Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?" Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)." Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?" Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya." Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?" Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya." Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?" Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi" Lelaki itu berkata: "Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat." Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur" Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah."


Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.


Lain-lain Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

- akan muncul pada akhir zaman

- mengaku bahawa dia adalah Tuhan

- menyebar fitnah dan dusta

- keluar selama 40 sebelum dibunuh Nabi Isa (sama ada 40 hari, 40 bulan, 40 tahun atau 40 abad tidak dijelaskan oleh Nabi)


Intro-Siapakah dajjal?

. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Ternyata ia adalah seorang laki laki yang berbadan besar, merah, berambut keriting dan bermata sebelah.” (HR. Bukhary)

2. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Al Masihuddajjal adalah seorang laki laki yang pendek, ujung telapak kakinya berdekatan, sedangkan tumitnya berjauhan, berambut keriting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.” (HR. Abu Dawud dan Imam Ahmad)

3. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya kepala dajjal itu dari belakang terlihat tebal dan berkelok-kelok.” (HR. Ahmad)

4. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya dajal itu terhapus matanya yang sebelah kiri.” (HR. Ahmad)

5. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Pada matanya yang sebelah kanan, seakan akan ia adalah satu biji anggur yang terapung.” (HR. Bukhary)



Akan WnH kupaskan lebih lanjut asal usul daJJal ini pada masa yang akan datang, Insyaallah...

p/s : Segala apa yang disampaikan oleh WnH merupakan teori yang diperbuat berlandaskan kajian terhadap keadaan yang terjadi sekarang dan tidak lupa juga kepada hadis-hadis yang sahih. Adalah digalakkan sekiranya artikel ini dikongsi beramai-ramai dan diperluaskan infonya.

Intro- Siapakah Ad-Dajjal Al Masseh?

Asal-usul Dajjal Al-maseh

Dajjal Adalah Dari Suku Ashkenazi”

Di atas adalah pernyataan teori saya tentang asal usul Dajjal. Hipotesis ini dilakukan secara ringkas sahaja melalui maklumat-maklumat dari buku, jurnal dan internet. Di bawah ini saya ingin menjelaskan mengapa saya beranggapan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi.

Apa itu Ashkenazi?

Ashkenazi ialah nama suku (tribe) dari salah satu cabang dari bangsa Yahudi. Manakala Yahudi itu pula ialah berasal dari suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. Semua anak keturunan dari perut Siti Sarah adalah digelar Bani Israel.
Bani Israel ialah gelaran kepada Nabi Yaakob a.s. yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud, Nabi Sulaiman sehinggalah Nabi Musa dan Nabi Isa adalah berketurunan Yahudi yang digelar Bani Israel.


Populasi Suku Ashkenazi?

Populasi terbanyak adalah di Amerika Syarikat dimana dianggarkan seramai 5-6 juta orang menetap di sana. Diikuti pula oleh negara Israel, dianggarkan seramai 3-4 juta orang menetap di Israel.


Adakah Dajjal berketurunan Yahudi?

Pandangan peribadi saya ialah YA.
Tiada hadith khusus menyebut Dajjal dari keturunan Yahudi. Saya berpegang kepada atas 2 fakta sahih di bawah:

(Pertama)
- Berdasarkan riwayat Ahmad dan Muslim dari Anas.
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Isfahan yang memakai toga.”

>
Orang-orang Yahudi mempunyai sifat semulajadi iaitu hanya mempercayai orang sebangsa dengan mereka. Ini disebabkan semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi umat Yahudi berpegang bahawa mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah.

>
Yahudi Isfahan mengikut arahan Dajjal kerana mereka tahu pemimpin mereka adalah berbangsa Yahudi seperti mereka.


# 2 (Kedua) - Berdasarkan realiti dunia hari ini yang dikuasai golongan Yahudi.
Saya telah menerangkan dalam artikel-artikel sebelum ini betapa Yahudi sejak 300 tahun dahulu telah pun menguasai dunia dari pelbagai aspek seperti:

* Politik Antarabangsa * Ekonomi Dunia * Hiburan dan Perfileman
Di atas dua fakta di atas saya amat berkeyainan Dajjal berketurunan Yahudi. Cuma dalam artikel ini saya ingin mengkhusus akan suku-suku Yahudi itu.


# 3 (Ketiga) - Berdasarkan pendapat Janet Moser
Janet Moser seorang pengkaji konspirasi Yahudi berpendapat bahawa Dajjal (AntiChrist) adalah dari bangsa Yahudi.

Dalam artikelnya yang bertajuk “THE EARLY JEWISH & CHRISTIAN VIEW OF THE IDENTITY OF THE ANTICHRIST”, Moser mengambil fakta dari kitab Injil dalam bab 11 (Daniel) ayat ke-37, yang berbunyi:

“Neither shall he regard the God of his fathers . . .nor regard any god: for he shall magnify himself above all.”


# Fakta 1: Tokoh-Tokoh Suku Ashkenazi
Ada beberapa sebab tertentu mengapa saya cenderong untuk mengatakan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi. Fakta-fakta tersebut ialah…

* Kebanyakan tokoh-tokoh perang dunia berasal dari suku Ashkenazi.

* Tokoh-tokoh sains Eropah adalah dari bangsa Yahudi

* Tokoh-tokoh ekonomi dunia sekarang adalah berasal dari Yahudi suku Ashkenazi

* Kesemua tokoh berpengaruh dunia adalah berbangsa Yahudi Ashkenazi


Beberapa Latar Belakang Tokoh Ashkenazi yang perlu diketahui :

Baron Rothschild, John D. Rockefeller, Karl Marx dan Albert Einstein.


1. Albert Eistein,merupakan Yahudi suku Ashkenazi, beliau adalah saintis terulung yang diagung-agungkan oleh barat sehingga wataknya dimasukkan dalam program Microsoft Office bahagian ‘Office Assistant”. Padanlah begitu, Bill Gates juga berbangsa Yahudi.

2. Karl Marx, juga berbangsa Yahudi suku Ashkenazi. Beliau menulis beberapa buku dan juga pengasas fahaman Nazi yang selepas itu didokong oleh Adolf Hitler (juga seorang Yahudi, sebelah ibunya).

3. Henry Kensigger, bekas setiausaha kerajaan Amerika Syarikat juga dari suku Ashkenazi. Sekarang ini menjadi salah seorang pemimpin kumpulan sulit bernama The Bilderberg Group.

4. Keluarga Rothschild. Merupakan keluarga yang terkaya di dunia dan 50% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya. Keluarga Rothschild adalah penyebab bagi segala peperangan dunia dari 1800-an ahingga sekarang.

5. Keluarga Rockefeller, juga penguasa ekonomi dunia, dikatakan 40% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya termasuk semua mesin-mesin carigali minyak dismua negara Arab. Rockefeller adalah pengasas kepada Trilateral Commission malah mempunyai universiti sendiri. Sesetengah pengkaji konspirasi meramalkan dia adalah orang yang boleh berhubung terus dengan AntiChrist (Dajjal).


Di atas hanya beberapa tokoh sahaja dari suku Yahudi Ashkenazi. Yahudi dari suku lain juga mungkin menguasai pelbagai dimensi sosial dunia. Cuma Dajjal berkemungkinan lebih cenderung untuk menaikkan saudara mara sukunya pada peringkat teratas.
“Yakni Dajjal mahukan tokoh-tokoh dari sukunya iaitu Ashkenazi menjadi pemimpin bagi semua tokoh-tokoh dari suku Yahudi yang lainnya”

Inilah asal usul yg selama ini kami kaji yg dapat saya kongsi bersama. Benar atau tidak terpulang kepada anda utk mengkaji lebih mendalam tentang fakta2 yg telah kami bawakan.Kami harap segala apa yang telah kami sampaikan ini dapat membuka minda anda-anda semua.

p/s : Segala apa yang disampaikan oleh WnH merupakan teori yang diperbuat berlandaskan kajian terhadap keadaan yang terjadi sekarang dan tidak lupa juga kepada hadis-hadis yang sahih. Adalah digalakkan sekiranya artikel ini dikongsi beramai-ramai dan diperluaskan infonya.